Kesan_Mpemba

Kesan Mpemba [mpém-ba] ialah suatu fenomena di mana air yang panas mendidih cenderung membeku lebih cepat daripada air sejuk. Fenomena ini sangat bergantung kepada suhu air. Parameter yang diperlukan untuk menghasilkan kesan ini serta asas teorinya sangat dipertelingkahkan.[1][2]Fenomena ini pernah diperhatikan sejak zaman dahulu, namun butiran dan catatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk disahkan sepenuhnya. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1963 apabila seorang pelajar sekolah tinggi dari Tanzania, Erasto Batholomeo Mpemba (lahir 1950) menggambarkan fenomena ini secara terperinci hasil penemuannya sewaktu berada dalam kelas masakan, di mana Mpemba memerhatikan adunan aiskrim yang panas lebih cepat membeku daripada adunan biasa yang sejuk. Mpemba kemudiannya menerbitkan penemuannya bersama Prof Denis G. Osborne dari Kolej Universiti Dar es Salaam enam tahun kemudian.[3]