Kesan_Streisand
Kesan_Streisand

Kesan_Streisand

Kesan Streisand merujuk kepada suatu fenomena di mana usaha menyembunyikan, membuang, atau menapis suatu bahan maklumat tidak sengajanya mengakibatkan penguar-uaran maklumat tersebut secara lebih meluas, biasanya dibantu oleh Internet. Ia adalah satu contoh reaktans psikologi di mana dorongan orang ramai untuk mengakses dan menyebarkan sesuatu maklumat akan meningkat apabila mengetahui bahawa maklumat tersebut disimpan daripada mereka.[1]Kesan ini dinamakan sempena Barbra Streisand, seorang penyanyi dari Amerika Syarikat, atas percubaannya menghalang penyebaran gambar-gambar kediamannya di Malibu, California pada 2003, yang secara tidak sengajanya menarik perhatian orang awam terhadap gambar-gambar tersebut. Perkara yang sama turut berlaku apabila syarikat-syarikat tertentu mengeluarkan surat penghentian untuk menghilangkan kod, fail, dan laman sesawang yang dikehendaki dari Internet. Maklumat yang asalnya hendak dihalang akan sebaliknya mendapat liputan dan kesinambungan media yang meluas seperti melalui video dan lagu-lagu parodi, yang seringkalinya disalin di serata Internet atau diedarkan melalui rangkaian perkongsian fail.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Kesan_Streisand http://www.lfpress.ca/cgi-bin/publish.cgi?p=111404... http://www.redherring.com/Article.aspx?a=20872&hed... http://www.techdirt.com/articles/20050105/0132239.... http://www.thesmokinggun.com/documents/celebrity/b... http://www.californiacoastline.org/news/sjmerc5.ht... http://www.californiacoastline.org/streisand/lawsu... http://www.mindfully.org/Reform/2003/Barbra-Streis... http://www.npr.org/templates/story/story.php?story... http://arquivo.pt/wayback/20090706034700/http://ww... http://www.bbc.co.uk/news/magazine-28562156