Hipostasis Kesatuan_hipostatik

Ikon tertua Kristus Maha Kuasa, di Biara Saint Catherine. Dua ekspresi muka yang berbeza di kedua-dua belah wajah menekankan sifat duaan Kristus sebagai kedua-dua tuhan dan manusia.[2][3] Komposit kedua-dua belah wajah.

Istilah Yunani hipostasis (ὑπόστασις) mula digunakan sebagai istilah teknikal sebelum perdebatan Kristologi pada akhir abad ke-4 dan ke-5. Pada zaman pra-Kristian, falsafah Yunani (terutamanya Stoikisme) menggunakan perkataan ini.[4][5] Hipostasis kemudian digunakan dalam Perjanjian Baru dan digunakan sebagai istilah teknikal kemudian.[6] Walaupun ia boleh diterjemahkan secara harfiah sebagai "intipati", ini menimbulkan pelbagai kekeliruan[7] jadi sesetengah Alkitab seperti New American Standard Bible menterjemahkannya sebagai "subsistence" (subsistensi). Hipostasis merujuk kepada individu-individu dalam Tritunggal, bahawa ketiga-tiga entiti merupakan persona yang berbeza dan tersendiri dan wujud secara konkrit, bukan abstrak seperti ideal-ideal Plato.

Dalam Fragmen Falsafah oleh Kierkegaard, sifat duaan Kristus dilihat sebagai satu paradoks, "paradoks terbesar", kerana Tuhan, kewujudan yang Maha Baik, Maha Bijaksana, Maha Kuasa, menjadi manusia seperti yang ditakrifkan dalam fahaman Kristian: dibebani dosa, terbatas dalam kebaikan, pengetahuan dan pemahaman.[8] Kierdegaard percaya paradoks ini hanya boleh diselesaikan dengan mengabaikan logik dan percayanya semata-mata.

Kerana kesatuan ini dipercayai tidak dapat dijangkau fahaman manusia, kesatuan hipostatik juga dipanggil "kesatuan mistik".

Rujukan

WikiPedia: Kesatuan_hipostatik https://books.google.com/books?id=ZFCoSSKTffcC&pg=... https://books.google.com/books?id=LH-cBwmmY2cC https://books.google.com/books?id=vjm8DgAAQBAJ https://books.google.com/books?id=mXPnDwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=BVDsO6IbdOYC https://books.google.com/books?id=6J_YAAAAMAAJ https://books.google.com/books?id=9tCTomd0LcgC https://books.google.com/books?id=ZOF5DwAAQBAJ https://books.google.com/books?id=9Z8GhJl6BG8C https://archive.org/details/historyofchristi00plac...