Kesihatan_Michael_Jackson_dan_kemunculannya
Kesihatan_Michael_Jackson_dan_kemunculannya

Kesihatan_Michael_Jackson_dan_kemunculannya

Michael Jackson (29 Ogos 1958 - 25 Jun 2009) merupakan penyanyi Amerika yang telah menghabiskan empat puluh dua tahun dalam mata masyarakat, pertamanya sebagai bintang kecil dengan The Jackson 5, dan kemudiannya sebagai artis solo semasa waktu dia melalui pelbagai perubahan imej .[1] Bermula di pertengahan 1980-an, semakin jelas penampilan Jackson berubah secara mendadak. Bentuk mukanya, terutamanya pada bahagian hidung telah mencetuskan spekulasi yang meluas dalam pengamalan pembedahan kosmetik. Warna kulitnya juga berubah, menjadi lebih putih. Walaupun Jackson didiagnosis dengan penyakit kulit vitiligo, yang dispekulasi meluas akan perubahan yang dialami oleh kulitnya mungkin berpunca daripada pelunturan kulit.[1]Jackson dan beberapa adik-beradiknya dikatakan telah didera dari segi fizikal dan psychologi oleh ayahnya, Joseph.Pada 2003, Joseph mengaku menyebat mereka semasa kanak-kanak tapi dakwaan penderaannya ditolak setelah sekian lama.[2][3] Sebatan tersebut memberi kesan trauma yang mendalam terhadap Jackson dan mungkin membawa kepada tercetusnya isu-isu kesihatan dalam hidupnya. Pakar perubatan berspekulasi bahawa dia menghidap gangguan dysmorphic badan. [4]Pada tahun 1990-an, ia kelihatan bahawa Jackson bergantung kepada dadah preskripsi, terutamanya ubat penahan sakit dan ubat penenang yang kuat. Penggunaan dadah kemudiannya dikaitkan dengan kelecuhan dari dua ke tiga degree yang dialaminya beberapa tahun yang lalu. Apabila semakin banyak kesusahan muncul dalam hidupnya, beransur-ansur dia bergantung dengan dadah dan kesihatannya semakin merosot. Dia pergi ke pusat pemulihan pada 1993 dengan bantuan Elizabeth Taylor dan Elton John[5]Semasa bersiap-sedia untuk siri koncert comeback yang dijadualkan bermula dalam bulan Julai 2009, Jackson meninggal dunia akibat serangan mengejut propofol dan intoksikasi benzodiazepine  selepas menghidap serangan jantung pada 25 Jun 2009. Doktor peribadinya telah disabitkan atas pembunuhan secara tak langsung dan dijatuhkan hukuman empat tahun dalam penjara.  

Rujukan

WikiPedia: Kesihatan_Michael_Jackson_dan_kemunculannya http://www.brisbanetimes.com.au/articles/2007/12/1... http://www.letemps.ch/Page/Uuid/47c05686-628d-11de... http://www.swissinfo.ch/eng/culture/Swiss_fans_mou... http://www.swissinfo.ch/fre/index.html?cid=546222 http://www.terra.cl/musica/index.cfm?id_cat=115&id... http://www.billboard.com/articles/news/64070/jacks... http://www.biography.com/people/joseph-jackson-467... http://articles.chicagotribune.com/2005-06-06/news... http://edition.cnn.com/2005/LAW/02/22/jackson.case... http://edition.cnn.com/2009/SHOWBIZ/Music/06/26/Mi...