Ketua_Marsyal_Udara
Ketua_Marsyal_Udara

Ketua_Marsyal_Udara

.Ketua Marsyal Udara (Air Chief Marshal atau ACM) ialah pegawai udara berpangkat empat bintang yang berasal daripada Tentera Udara Diraja, dimana ia merupakan pangkat tentera udara paling kanan di masa aman.[1][2] Pangkat tersebut juga telah digunakan oleh banyak tentera udara negara-negara yang mempunyai pengaruh sejarah British dan ia kadangkala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.Ketua Marsyal Udara ialah pegawai udara empat bintang dan mempunyai kod pangkat OF-9 NATO.[3] Ketua Marsyal Udara setaraf dengan Laksamana dalam Tentera Laut Diraja atau Jeneral dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Dalam angkatan bersenjata lain, seperti Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Kanada, pangkat empat bintang yang sepadan ialah Jeneral.Pangkat Ketua Marsyal Udara adalah lebih tinggi daripada pangkat Marsyal Udara tetapi lebih rendah daripada Marsyal Tentera Udara. Ketua Marsyal Udara kadangkala dianggap secara umum sebagai Marsyal Udara.[4]