Ketua_Turus_Am_(United_Kingdom)
Ketua_Turus_Am_(United_Kingdom)

Ketua_Turus_Am_(United_Kingdom)

Ketua Turus Am atau Chief of the General Staff (CGS) adalah gelaran ketua profesional Tentera Darat British selepas tahun 1964. CGS ialah seorang ahli Jawatankuasa Ketua Turus dan Lembaga Tentera Darat. Sebelum tahun 1964, gelaran tersebut dikenali sebagai Ketua Turus Am Imperial atau Chief of the Imperial General Staff (CIGS). Dari tahun 1959, jawatan tersebut berada dibawah Ketua Turus Pertahanan, iaitu ketua profesional Angkatan Tentera British.Gelaran tersebut juga digunakan selama lima tahun diantara pemansuhan jawatan Panglima Besar Angkatan pada tahun 1904 dan pengenalan Ketua Turus Am Imperial pada tahun 1909. Jawatan tersebut kemudian disandang oleh Jeneral Sir Neville Lyttelton dan, secara singkat, oleh Fil Marsyal Sir William Nicholson.Disepanjang kewujudan jawatan tersebut, Ketua Turus Am telah menjadi Anggota Tentera Pertama Lembaga Tentera Darat.Ketua Turus Am terkini ialah Jeneral Mark Carleton-Smith – yang menggantikan Jeneral Sir Nick Carter pada Jun 2018 dan jawatan ini setaraf dengan Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat dan Panglima Tentera Darat Malaysia.