Ketua_Turus_Pertahanan_(United_Kingdom)
Ketua_Turus_Pertahanan_(United_Kingdom)

Ketua_Turus_Pertahanan_(United_Kingdom)

Ketua Turus Pertahanan atau Chief of the Defence Staff (CDS) ialah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat ketenteraan paling kanan kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri. Ketua Turus Pertahanan berpusat di Kementerian Pertahanan dan bekerjasama dengan Setiausaha Tetap, iaitu pegawai kanan kerajaan dalam kementerian. Ketua Turus Pertahanan adalah jawatan British yang bersamaan dengan Ketua Pertahanan dalam NATO dan Kesatuan Eropah serta setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama AS dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.Mengikut perlembagaan, Ratu adalah Panglima Tertinggi de jure Angkatan Tentera. Bagaimanapun, menurut amalan, Kerajaan British melaksanakan de facto Prerogatif Diraja dan menyediakan arahan kepada Angkatan Tentera melalui Majlis Pertahanan Kementerian yang mana ahlinya adalah Ketua Turus Pertahanan.Ketua Turus Pertahanan terkini ialah Jeneral Sir Nick Carter, yang menggantikan Ketua Marshal Udara Sir Stuart Peach pada Jun 2018. Ketua Turus Pertahanan dilantik atas nasihat Setiausaha Negara bagi Pertahanan kepada Perdana Menteri sebelum diperkenankan oleh Baginda Ratu.