Ketua_Turus_Tentera_Udara_Amerika_Syarikat
Ketua_Turus_Tentera_Udara_Amerika_Syarikat

Ketua_Turus_Tentera_Udara_Amerika_Syarikat

Ketua Turus Tentera Udara atau Chief of Staff of the Air Force (akronim: CSAF, atau AF/CC) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 8033) yang disandang oleh jeneral empat bintang dalam Tentera Udara Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Udara, dan juga penasihat utama ketenteraan serta timbalan kepada Setiausaha Tentera Udara. Di dalam kapasiti yang berasingan, beliau adalah anggota Ketua Turus Bersama, dan juga penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Turus merupakan pegawai tertinggi yang aktif dalam Tentera Udara AS melainkan Pengerusi dan/atau Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama juga merupakan pegawai Tentera Udara. Ketua Turus Tentera Udara ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun Ketua Turus tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi keatas angkatan Tentera Udara yang sebenarnya (iaitu dibawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), Ketua Turus boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Udara.Ketua Turus Tentera Udara terkini ialah Jeneral David L. Goldfein dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Udara Malaysia dan Ketua Turus Udara Britain.