Khai Bahar

Muhammad Khairul bin Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule [1] daripada peminat beliau.Khai Bahar juga mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Taiwan dan Thailand. Dalam tempoh 3 tahun bergelar anak seni Khai Bahar telah meraih 28 anugerah iaitu dari Anugerah Meletop Era 2017, 2018 & 2019, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 & 2018, Anugerah Planet Muzik 2017 & 2018, Top Hot Hot FM 2017, Era Digital Muzik Awards 2018 & 2019, MySC Breakthrough Awards (Male) 2019 serta Juara Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Season 2 (2018-2019) .

Khai Bahar

Kelahiran (1994-02-28) 28 Februari 1994 (umur 25)
Kg Padang Katong, Perlis, Malaysia
Nama lahir Muhammad Khairul bin Baharuddin
Laman sesawang @khaibahar94 instagram.com@khaibahar94_ twitter.com
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2016–kini
Syarikat rakaman NAR Records (April 2016 - April 2019)
Grateful Music (Mei 2019 - kini)

Rujukan

WikiPedia: Khai Bahar http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/smule-nana-d... http://www.utusan.com.my/hiburan/khai-tak-malu-aku... http://www.utusan.com.my/hiburan/percubaan-khai-ba... http://www.beritaharian.sg/gah/khai-bahar-bangkit-... https://www.instagram.com/khaibahar94/ https://www.instagram.com/khaibahar94/?hl=en https://mobile.twitter.com/khaibahar94_?lang=en/?h... https://www.youtube.com/watch?v=-O0LBmOTuRA https://www.youtube.com/watch?v=1FBQQwIQiE8