Kerjaya Khai_Bahar

Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching Sarawak, disamping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel Muhamad Khairul miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar juga pernah dijemput untuk membuat 'opening act' untuk penyanyi-penyanyi popular. Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Antara lagu cover nyanyian beliau yang menjadi perhatian ramai adalah lagu-lagu bernada tinggi Ziana Zain, duet bersama Siti Nordiana serta lagu dari Kumpulan Projektor Band iaitu Sudah Ku Tahu.

Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records dan sehingga artikel ini ditulis (2018) beliau sudah mempunyai tujuh single iaitu 'Bayang', 'Dari Jauh Saja', 'Sinar Syawal', 'Luluh', 'Cahaya 114', 'Jodohku' dan yang terkini ialah '#123'. Beliau juga turut mempunyai dua buah lagu duet yang berjudul 'Rahsia Kita' dan 'Cinta Syurga'. Lagu 'Rahsia Kita' adalah lagu duet dengan Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baru di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Manakala, lagu 'Cinta Syurga' pula adalah merupakan sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza.Khai Bahar mula dikenali menerusi aplikasi SMULE. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band) & duet dgn Siti Nordiana Memori Berkasih. [3] [4]Selain bernyanyi di SMULE, Khai juga pernah melakukan "cover" untuk lagu "Di Mana Hatimu" oleh Papinka pada tahun 2013. Sebelum ini, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [5] Khai Bahar juga mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet.. Dilabel sebagai nada emas, Khai mendapat perhatian program Silet selepas video smulenya dengan lagu Suara Hati ku (Ku tak akan bersuara) nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah serta Nia Daniati memberikan pujian pada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai.

Di samping itu, Khai juga mencuba nasib memasuki dalam industri seni di Indonesia dengan terlibat dengan beberapa projek di sana. [6]

Kemuncak kepada kerjaya Khai adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, yang mana merupakan masing-masing Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) di Singapura, beliau juga menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular APM (Bayang) dan Artis Paling Popular. [7] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Hot FM Top Hot 2017 menerusi kategori Lagu Hot 2017 (Luluh), Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [8]

Rujukan

WikiPedia: Khai_Bahar http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/smule-nana-d... http://www.utusan.com.my/hiburan/khai-tak-malu-aku... http://www.utusan.com.my/hiburan/percubaan-khai-ba... http://www.beritaharian.sg/gah/khai-bahar-bangkit-... https://www.instagram.com/khaibahar94/ https://www.instagram.com/khaibahar94/?hl=en https://mobile.twitter.com/khaibahar94_?lang=en/?h... https://www.youtube.com/watch?v=-O0LBmOTuRA https://www.youtube.com/watch?v=1FBQQwIQiE8