Makam Khentakawess_III

Makam Khentakawess III telah digali di Abusir, di mana beberapa piramid dibina untuk para firaun Dinasti Kelima, termasuklah Neferefre.[3] Makam tersebut dijumpai berhampiran kompleks pengkebumian Neferefre oleh pasukan kaji purba Czech yang diketuai oleh Miroslav Bárta dari Universiti Charles, Prague dengan kerjasama pihak Mesir. Nama dan kedudukan Khentakawess telah tertulis pada dinding dalam makam, yang mungkin dibuat oleh pembina.[3] Timbulan yang ditemui mengenal pasti baginda sebagai "isteri raja" dan "bonda raja" yang membayangkan anakandanya telah menaiki takhta.[2] Patung–patung dan dua puluh empat perkakas batu kapur bersama–sama dengan empat alatan tembaga yang merupakan sebahagian daripada objek pengkebumian juga telah dijumpai di dalam makam.[2] Makam tersebut ditarikhkan pada pertengahan Dinasti Kelima.[3]

Ahli kaji purba yang membongkar makam itu percaya bahawa ia milik isteri Neferefre berdasarkan lokasinya yang berdekatan dengan kompleks pengkebumian Neferefre, dalam perkuburan kecil ke tenggara.[4][5]

Menteri Kepurbaan Mesir Mamdouh Eldamaty menyatakan:[6]

"Penemuan ini akan membantu kita memberi penerangan mengenai beberapa aspek–aspek Dinasti Kelima yang tidak diketahui, bersama–sama dengan Dinasti Keempat, yang menyaksikan pembinaan piramid pertama."