Kerjaya Kiawentiio

Kiawentiio ialah satu-satunya yang terpilih dari 200 pelakon bumiputera Kanada untuk melakonkan Ka'kwet dalam audisi. Ka'kwet ialah watak pentimg yang tampil sepanjang musim ke-3 dalam siri Anne with an E.[9] Sebelum Kiawentiio sepenuhnya berlakon dalam filem itu, ia harus fasih dalam bahasa Miꞌkmaq dan mempelajari tatasusila, budaya dan sejarah etnik teelebih dahulu.

Kiawentiio berlakon dalam filem Kanada bertajuk Beans sebagai gadis Mohawk 12 tahun Mohawk yang bermastautin di Pulau Kahnawake pada tahun 1990, semasa berlakunya pertikaian berdarah Oka[10] di wilayah Quebec antara faksi bersenjata Quebec yang dipimpin oleh Jeneral John de Castelain dengan penduduk bumiputera Mohawk yang dipimpin oleh Ellen Gabriel dari Puak Kura-Kura.

Ia memerankan watak penyokong Maya Thomas dalam siri sitcom Peacock bertajuk Rutherford Falls (2021). Pada tahun 2021, Kiawentiio terpilih dalam siri TV yang ditaja oleh Netflix untuk memerankan Katara yang bertajuk Avatar: The Last Airbender.[11]

Rujukan

WikiPedia: Kiawentiio https://www.cbc.ca/kidsnews/post/rising-star-meet-... https://www.tvinsider.com/people/kiawentiio/ https://www.tribute.ca/people/biography/kiawentiio... https://www.hitc.com/en-gb/2021/08/13/who-is-kiawe... https://perchmagazine.com/acting-up/ https://nowtoronto.com/movies/beans-star-kiawentii... https://nowtoronto.com/movies/beans-star-kiawentii... https://www.indiantime.net/story/2017/08/10/cultur... https://www.tiff.net/events/instagram-live-with-ki... https://kiawentiio.com/musician/