Kijŏng-dong
Kijŏng-dong

Kijŏng-dong

Kijŏng-dong, Kijŏngdong atau Kijŏng tong merupakan sebuah kampung di P'yŏnghwa-ri (Chosŏn'gŭl: 평화리, Hancha: 平和里),[1] Kaesong-si,[2] Korea Utara. Ia terletak di kawasan Zon Bebas Tentera Korea (DMZ) di negara ia berada.[3] Kampung ini juga dikenali di Korea Utara sebagai Kampung Keamanan (Chosŏn'gŭl: 평화촌, Hancha: 平和村, MR: p'yŏnghwach'on)[4] atau Kampung Propaganda (Hangul: 선전마을; Hanja: 宣傳마을; RR: seonjeon maeul) bagi luar negara Korea Utara, khususnya bagi media barat dan Korea Selatan.[5][6][7][8][3] Kijŏngdong adalah salah satu daripada dua kampung yang dibenarkan untuk kekal dalam zon DMZ di kawasan seluas 4 kilometer (2.5 batu) yang dibentuk di bawah Perjanjian Gencatan Senjata 1953 yang menghentikan perang Korea.[7][9] Sebuah lagi kampung adalah di Daeseong-dong, Korea Selatan, 222 kilometer jaraknya dari Kijŏngdong.[9]

Kijŏng-dong

McCune–Reischauer Kijŏngdong
Chosŏn'gŭl 기정동
Perumian Semakan Gijeongdong
Hancha [1]