Kijang (
bahasa Inggeris: Common Barking Deer) ialah salah satu daripada
haiwan yang terdapat di
Malaysia. Nama sainsnya Muntiacus muntjac.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian
flora dan
fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies
mamalia, lebih 1,500
vertebrat darat, lebih 150,000 spesies
invertebrat, lebih 1000 spesies
rama-rama dan 12,000 spesies
kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies
ikan laut.
Kijang, atau juga dikenali sebagai
Kijang India (Muntiacus muntjak) adalah spesies kijang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalah rusa menyalak).Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh tahunan dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanine atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.