Pembunuhan Kim_Hongjip

Pada Oktober 1896, Maharani Myeongsong dibunuh oleh sekumpulan ronin yang taat setia kepada kerajaan Jepun di persemayamannya di Istana Gyeongbokgung,[3] tidak lama selepas baginda menuntut tindakan mengukuhkan kedaulatan Joseon yang dianggap terancam oleh campur tangan Jepun yang berjiranan serta menjalinkan hubungan antara kerajaan baginda dengan Empayar Rusia. Maharaja Gojong dan Putera Mahkota Sunjong melarikan diri ke bangunan kedutaan Rusia di Seoul tidak lama selepas kejadian tersebut. Kim merancang mahu membunuh diri atas rasa kesedihan dan taat setia beliau kepada baginda, namun Yu Kil-chun menghalangnya daripada melakukan demikian.[4]

Krisis politik yang tercetus akibat pembunuhan ini memarakkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Korea melalui pemaktuban undang-undang tertentu, pewujudan tentera sukarelawan khas serta rusuhan dan tunjuk perasaan di seluruh negara tersebut.[5] Kim diserang dalam salah satu rusuhan ini atas sebab hubungkaitnya yang dilihat menyokong Jepun di mana beliau diinjak dan dibelasah perusuh sehingga mati. Mayatnya dipenggal dan dipotong-potong lalu dibawa ke kawasan-kawasan serata Korea. Isterinya membunuh dirinya serta anak-anak lelaki mereka bagi mengelakkan malu besar yang menyusul dari kejadian mengerikan itu.[6]