Perihal Kinabalu_Geopark

Kinabalu Geopark yang berkeluasan 4,750 km persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geotapak, 12 biotapak, dan lapan tapak budaya.Ia telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac 2020 [2].

Geopark tersebut diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dengan kerjasama pemegang taruh yang lain [2].

Kinabalu Geopark telah menjalani penilaian oleh panel penilai rangkaian UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022 lepas [2].

Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara [2].

Rujukan

WikiPedia: Kinabalu_Geopark https://www.astroawani.com/berita-malaysia/geopark... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengikt... https://www.bernama.com/en/news.php?id=2192949 https://www.malaysianow.com/news/2023/05/26/kinaba... https://www.mountkinabalu.com/mount-kinabalu/kinab... https://www.nabalunews.com/post/geopark-negara-kin... https://www.theborneopost.com/2023/05/26/unesco-de... https://www.ttrweekly.com/site/2023/06/unesco-stat... https://langkawigeopark.com.my/ https://www.sinarharian.com.my/article/260571/beri...