Sejarah Kinabatangan

Kinabatangan telah pun digunakan oleh penduduk tempatan seperti direkod dalam buku pengarang Perancis pada tahun 1782[1] dan 1837, lama sebelum kedatangan pendatang Cina ke kawasan ini.[2]. Selain itu rekod Brunei telah merakamkan mengenai perkahwinan Sultan Ahman, saudara Sultan Muhammad, dengan Puteri Kinabatangan, yang memerintah 1408-1426, juga lama sebelum kedatangan pendatang Cina ke situ.[3] Nama Kinabatangan kemungkinannya dari kalimat yang terhasil dari nama pokok dan sebutan. [4]

Asal Usul Nama Kinabatangan


Nama Kinabatangan pada mulanya dipanggil Cinabatangan yang mana bermaksud Sungai Yang Panjang oleh Kerabat China bernama Ong Sung Peng yang telah tiba pada kurun ke-16 lagi. Dipercayai bahawa nama Kampung Mumiang, Sukau dan Bilit berasal dari bahasa China.

Pada Mulanya di kenali sebagai Pejabat Daerah Lamag yang ditubuhkan pada tahun 1905 oleh Kerajaan Chartered Company yang mana pusat pentadbiranya terletak di Lamag yang hanya berfungsi dalam urusan Pentadbiran dan Mahkamah sahaja.

Kini ia di Kenali sebagai Pejabat Daerah Kinabatangan di mana ia mempunyai fungsi yang lebih meluas termasuklah dalam Perancang Pembangunan Daerah, Sosioekonomi,Kemudahan Infrastruktur dan juga Modal Insan.