King_Kong

King Kong ialah watak raksasa rekaan menyerupai gorila yang muncul dalam beberapa filem sejak 1933. Watak ini telah menjadi salah satu ikon wayang paling terkenal, hingga menyebabkannya muncul, atau dirujuk dalam karya selain filem.[1] Peranannya dalam pelbagai kisah ini berubah-ubah, daripada sekadar raksasa mengamuk kepada antiwira tragis.