King_Lear
King_Lear

King_Lear

King Lear ("Raja Lear") adalah sebuah karya tragedi William Shakespeare, yang mana watak judulnya jatuh gila setelah memberikan harta bendanya kepada dua daripada tiga orang puterinya mengikut puji-pujian mereka, hingga mendatangkan akibat yang tragis buat semua. Drama ini berasaskan legenda Leir, seorang raja legenda Keltik sebelum zaman Rom. Raja Lear telah diadaptasikan banyak kali untuk pementasan mahupun wayang filem, malah watak Lear telah direbut-rebut dan diperan oleh ramai pelakon terbilang dunia.Drama ini dikarang dari tahun 1603 ke 1606 dan kemudian disemak. Versi terdahulu oleh Shakespeare, iaitu The True Chronicle of the History of the Life and Death of King Lear and His Three Daughters (Riwayat Sejati Sejarah Hidup Mati Raja Lear dan Tiga Orang Puterinya), diterbitkan secara kuarto pada tahun 1608. The Tragedy of King Lear (Tragedi Raja Lear), iaitu versi yang lebih kepanggungan, disertakan dalam First Folio 1623. Kedua-dua versi sering dicampur-adukkan oleh penyunting moden, tetapi ada yang berkeras bahawa setiap versi memiliki integriti tersendiri yang wajar dipelihara.[1]Selepas Pemulihan, drama ini sering disemak dengan kesudahan yang bahagia buat para penonton yang tidak menggemari nada ceritanya yang menggerunkan, tetapi semenjak abad ke-19, versi asal Shakespeare telah dijulang sebagai antara pencapaian teragung beliau. Tragedi ini terkenal sekali kerana menyingkap selok-belok kesengsaraan dan persaudaraan manusia. Ulas George Bernard Shaw, "Tidak sesiapa pun akan dapat mengarang tragedi yang lebih baik daripada Lear".[2]