Kingdom_of_Heaven_(filem)

Kingdom of Heaven adalah filem yang ditulis oleh William Monahan dan diarah oleh Ridley Scott. Filem ini mula ditayang pada 6 Mei 2005. Filem ini dibintangi oleh Orlando Bloom, Eva Green, Jeremy Irons, David Thewlis, Marton Csokas, Brendan Gleeson, Alexander Siddig, Ghassan Massoud, Edward Norton, Jon Finch, Michael Sheen dan Liam Neeson. Versi "The director's cut" dalam bentuk DVD ataupun VCD adalah lebih lama 30%, dan merupakan karya yang lebih baik dari yang ditapis dan nilai sejarahnya lebih tepat.Filem ini bercerita tentang Perang Salib pada abad ke-12, tentang seorang tukang besi dari sebuah perkampungan di Perancis yang pergi ke kota Jerusalem untuk mencari keampunan Tuhan, yang kemudian turut serta dalam perang melawan seorang Pemimpin besar Islam, Saladin dan pasukannya yang hendak merebut kota itu dari pihak Kristian. Cerita filem ini diangkat dari kisah kehidupan Balian of Ibelin. Profesor Hamid Dabashi dari Universiti Columbia adalah penasihat filem ini.Penggambaran filem sebahagian besar dilakukan di Ouarzazate di Maghribi tempat Scott membuat filem Gladiator dan Black Hawk Down. Replika kota tua Jerusalem dibuat di kawasan gurun pasir. Pengambilan gambar juga dilakukan di Sepanyol, di kota istana Loarre, Segovia, Valsaín, Ávila, Palma del Río dan gedung Casa de Pilatos di Seville.Khabarnya, pemerintah Maghribi menugaskan ratusan pasukan keselamatannya untuk melindungi kawasan penggambaran dan para pekerja filem dari pengganas Muslim yang pernah mengancam untuk menyerang. Perlu diketahui, Ridley Scott telah menjadikan pasukan tentera Maghribi muncul untuk adegan peperangan.

Kingdom_of_Heaven_(filem)

Bahasa Inggeris
Disunting oleh Dody Dorn
Chisako Yokoyama (suntingan pengarah)
Muzik oleh Harry Gregson-Williams
Pengarah Ridley Scott
Penerbit Ridley Scott
Penulis William Monahan
Mula ditayangkan 6 Mei 2005
Sinematografi John Mathieson
Tempoh tayangan 145 min.
194 min (suntingan pengarah).
Negara UK / Sepanyol / AS / Jerman
Dibintangi oleh Orlando Bloom
Eva Green
Jeremy Irons
David Thewlis
Edward Norton
Marton Csokas
Liam Neeson
Pengedar 20th Century Fox
Perbelanjaan $135 juta