Penamaan Kiribati

Nama negara ini berdasarkan sebutan tempatan untuk "Gilbert" sempena nama Thomas Gilbert, seorang peneroka British yang melawati pulau-pulau Kiribati pada tahun 1788 untuk pemetaan Outer Passage dari Port Jackson ke Kwangtung.[9]

Nama "Kepulauan Gilbert" mula dituliskan dalam peta-peta milik Rusia dan Perancis pada 1820. Nama tersebut dimasukkan dalam gabungan Kepulauan Jajahan Gilbert dan Ellice pada tahun 1916 sehinggalah Kepulauan Ellice merdeka daripada gabungan tersebut dan mendapat nama baharu iaitu Tuvalu pada tahun 1976.

Ada yang berpendapat bahawa nama asli untuk Kepulauan Gilberts ialah Tungaru (lihat contoh Arthur Grimble, 1989[10]). Tetapi, nama Kiribati dipilih untuk negara baharu mereka setelah banci diadakan, atas sebab ia kedengaran lebih moden,[Penjelasan diperlukan][11] dan juga untuk fahamkan bahawa pulau-pulau lain juga ada dalam negara Kiribat (contohnya the Phoenix Group dan Line Islands), yang dahulunya bukan sebahagian daripada Tungaru.[12][13]

Sebutan berbeza daripada ejaan: Kiribas ialah sebutan rasmi kerana ti dalam bahasa Kiribati menghasilkan bunyi s.

Rujukan

WikiPedia: Kiribati http://www.britannica.com/EBchecked/topic/319111/K... http://www.oxforddictionaries.com/definition/engli... http://publications.europa.eu/code/en/en-5000500.h... http://www.kiribatitourism.gov.ki/ http://www.kiribatitourism.gov.ki/index.php/aboutk... http://dmoz.org/Regional/Oceania/Kiribati http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2012/01/we... http://hdr.undp.org/sites/default/files/hdr14-summ... https://books.google.com/books?id=bk8EAAAAMBAJ&pg=... https://www.cia.gov/library/publications/the-world...