Ringkasan Kisah_Seorang_Biduan_(filem)

Dell, seorang penyanyi yang kecewa kerana kekasihnya berkahwin dengan orang lain telah membawa diri ke Kuala Lumpur dan mempertaruhkan nasibnya sebagai seorang penyanyi. Dengan sebuah gitar tua, dia menghadapi pelbagai rintangan tetapi akhirnya berjaya untuk menjadi seorang penyanyi. Di saat kejayaannya, bekas kekasihnya muncul kembali. Dia serba salah walaupun cita-citanya telah tercapai tetapi hatinya masih kecewa.