Kitab_Obaja

Nabi Obaja juga disebut eja Ovadyah (bermakna hamba Jehovah) diakui sebagai penulis kitab yang paling singkat dalam Perjanjian Lama, iaitu Kitab Obaja,[1] yang terdiri dari hanya 11 ayat dalam satu fasal sahaja.Ada dua teori tentang waktu ditulis Kitab Obaja, yang disebabkan oleh beberapa hal yang tidak dijelaskan dalam bentuk sejarahan berdasarkan kitab yang mengandungi namanya. Andaikata, seperti yang diyakini oleh sekumpulan pakar, Kitab Obaja ditulis pada masa penghancuran Yerusalem oleh bangsa Filistin dan bangsa Arab, maka waktu penulisannya adalah antara tahun 848 dan 840 SM.[2] Andaikata teori utama kedua yang benar, bahawa kejadian-kejadian yang dirakam dalam tulisan-tulisannya merujuk kepada penyerbuan atas Yerusalem oleh Nebuchadnezar dari Babel, maka tanggal penulisannya semestinya melebihi dekat ke 586 SM.[2] Tekanan utama pelayanan nabi ini, yang dicerminkan dalam tajuk-tajuk kitabnya, adalah kemenangan akhir umat Allah bila mereka mempertahankan iman mereka. Edom digunakan sebagai contoh kegagalan untuk mewujudkan cinta kasih kepada sesama insan semasa kesusahan, (Kitab Obaja 1:1-17) dan kemenangan akhir Israel dinyatakan dalam suatu penglihatan tentang masa depan. (Obaja 1:18-21)