Kitaran_karbon
Kitaran_karbon

Kitaran_karbon

'Kitaran karbon atau siklus karbon ialah kitaran biogeokimia yang melibatkan karbon ditukarkan di antara biosfera, pedosfera, geosfera, hidrosfera, dan atmosfera Bumi. Bersama dengan kitaran nitrogen dan kitaran air, kitaran karbon terdiri daripada sederet kejadian yang merupakan kunci kepada menjadikan Bumi mampu mengekalkan hidupan; ini menggambarkan pergerakan karbon sebaik dikitar semula dan digunakan di seluruh biosfera.Perbelanjaan karbon global ialah baki pertukaran (pendapatan dan kerugian) karbon di antara reservoir karbon atau di antara satu gelung tertentu (contohnya, atmosfera ↔ biosfera) kitaran karbon. Satu uj kaji perbelanjaan karbon sesebuah takungan atau reservoir boleh menyediakan maklumat tentang sama ada takungan atau reservoir itu berfungsi sebagai sumber atau singki untuk karbon dioksida.Kitaran karbon pada mulanya ditemui oleh Joseph Priestley dan Antoine Lavoisier, dan dipopularkan oleh Humphry Davy.[1]