Kitasatu_(album_Spider)
Kitasatu_(album_Spider)

Kitasatu_(album_Spider)

KITASATU merupakan album kumpulan Spider yang kelima semenjak kemunculan album studio pertama mereka “Ngam Ho” yang di hasilkan pada tahun 1999. Album KITASATU memuatkan 7 buah lagu didalamnya; Ajaib, Rasakan Resapkan, Kitasatu, Tapi Bagaimana, Bukan Salah Aku, Kitasatu versi piano dan Bukan Salah Aku versi live akustik.Kesemua lagu tersebut telah merupakan hasil ciptaan Tam( vokalis/gitaris) sendiri, kecuali “Bukan Salah Aku” merupakan ciptaan bersama mereka berempat. Album ini turut menerima sumbangan penulis lirik terkenal seperti Buddhi Hekayat, M. Nasir dan Keon bagi album kali ini.Menurut SPIDER, KITASATU masih lagi mengekalkan konsep “ska rock” , cuma terdapat sedikit eksperimentasi yang cuba di ketengahkan oleh mereka menerusi beberapa buah lagu di dalam album ini. Lagu “Rasakan Resapkan” jelas menampakkan keberkesanan eksperimental mereka. Masih lagi mengekalkan kerancakan, cuma lagu ini sedikit berat dari segi lirik serta banyak bermain dengan ‘effect’ gitar dan keyboard. Lirik dari M. Nasir serta lagu ciptaan Tam ini berjaya membawa satu kelainan dari kebanyakan koleksi hits SPIDER sebelum ini.Lagi Anjaib pula berentak ‘ska-rock’ memperlihatkan susunan muzik yang kreatif dan lebih matang dari kumpulan Spider. Mereka menonjolkan pelbagai rentak dari rancak kepada santai dan sedikit ala ‘broadway’ pada chorus lagu. ”Brass section” atau susunan trumpet, saxaphone dan trombone pada lagu ini menonjolkan lagi karektor ska nya.Album Terbaru Spider 2011 - "KITASATU" - Konsep Ska Rock

Kitasatu_(album_Spider)

Dikeluarkan pada 2010 (2010)