Kluster_Sivagangga

Kluster Sivagangga (Jawi: ‏کلوستر سيۏاݢڠݢ‎) atau Kelompok Sivagangga[1][2] (Jawi: ‏کلومڤوق سيۏاݢڠݢ‎) ialah sebuah kluster virus korona yang tersebar oleh seorang pemilik kedai makan kerana ingkar arahan kuarantin kendiri pada 14 Julai 2020.Pada 13 Ogos, pemilik kedai tersebut telah didenda RM12,000 dan penjara lima bulan di Alor Setar setelah didapati bersalah mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.[3]