Sebatian Kobalt

Tahap-tahap pengoksidaan umum bagi sebatian kobalt termasuklah +2 dan +3, di mana sebatian-sebatian mudah kobalt biasanya memiliki tahap pengoksidaan +2 dengan tahap pengoksidaan kobalt boleh berada dalam julat antara -3 ke +5.

Kobalt memiliki beberapa buah oksida. Kobalt(II) oksida, CoO yang berwarna hijau boleh bertindak balas dengan air untuk menghasilkan kobalt(II) hidroksida, Co(OH)2. Kobalt(III) oksida, Co2O3 yang berwarna hitam juga ditemui.[4]

Halida

Kobalt(II) klorida heksahidrat, CoCl2•6H2O.

Halida-halida kobalt biasanya memiliki bentuk kontang dan hidrat seperti kobalt(II) klorida yang berwarna biru apabila kontang dan merah apabila dalam bentuk heksahidrat.[5] Sebatian dihalida kobalt adalah seperti dalam jadual yang berikut, di mana warna-warna sebatian di bawah merupakan warna bagi sebatian kontang, sekiranya terdapat pelbagai jenis hidrat bagi sebatian tersebut.

Sebatian dihalida kolbat
NamaFormula kimiaWarna
Kobalt(II) fluoridaCoF2Merah jambu
Kobalt(II) kloridaCoCl2Biru
Kobalt(II) bromidaCoBr2Hijau
Kobalt(II) iodidaCoI2Biru kehitaman

Selain itu, terdapat juga sebatian trihalida dengan tahap pengoksidaan kobalt +3 seperti kobalt(III) fluorida, CoF3 dan kobalt(III) klorida, CoCl3.