Kod Morse ialah kaedah
pengekodan aksara bagi memancarkan maklumat
telegraf dengan menggunakan urutan-urutan elemen panjang pendek yang terselaras untuk melambangkan
huruf, angka,
tanda baca dan
aksara khas dari mesej yang diberi. Elemen panjang pendek ini boleh dibentuk melalui
bunyi, tanda-tanda atau
nadi, secara
penguncian buka-tutup.Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen:Kod Morse boleh dipancarkan melalui pelbagai cara: asalnya berbentuk nadi elektrik sepanjang dawai
telegraf, bahkan juga dalam nada audio, isyarat radio bernada panjang pendek, atau isyarat mekanikal atau visual (cth: cahaya berkelip) dengan menggunakan perkakas seperi
lampu Aldis atau
heliograf. Kod Morse dipancarkan dengan hanya menggunakan dua keadaan (buka dan tutup), maka dikatakan merupakan satu bentuk pengekodan digital yang terawal. Namun begitu, kod Morse itu bukannya
binari kerana panjang jeda diperlukan untuk mengekodkan maklumat.Mula-mulanya direka bagi kegunaan
telegraf elektrik ciptaan
Samuel F. B. Morse pada awal 1840-an, kod Morse juga digunakan secara meluas untuk komunikasi
radio awal sejak 1890-an. Pada separuh awal abad ke-20, majoriti komunikasi antarabangsa berkelajuan tinggi dijalankan secara kod Morse, menggunakan dawai telegraf, kabel dasar laut, dan litar radio. Namun, kepanjangan aksara Morse yang berubah-ubah menyebabkannya sukar diterapkan dalam litar berautomatik, jadi bagi kebanyakan komunikasi elektronik, kod Morse diganti oleh format-format yang lebih boleh mesin, seperti
kod Baudot dan
ASCII.Kegunaan kod Morse paling popular masa kini adalah melalui pengendali
radio amatur, itupun bukan lagi keperluan untuk perlesenan amatur di kebanyakan negara. Kod Morse juga masih digunakan untuk tujuan-tujuan khas, termasuk pengenalpastian pemancar
matarah radio navigasi dan mobil daratan, serta komunikasi tentera termasuklah komunikasi
semafor berkelip cahaya antara kapal-kapal. Kod Morse direka agar mudah dibaca manusia tanpa bantuan komputer, menjadikannya sesuai untuk menyampaikan data digital berautomatik melalui saluran suara, dan juga sesuai untuk menghasilkan isyarat kecemasan, seperti melalui sumber tenaga diimprovasi yang mudah "dikunci" dengan menyalurkan dan memutuskan bekalan elektrik secara ulang alik (cth. dengan membuka tutup suis lampu picit).