Kegunaan Kod_QR

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama.[2][3] Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.

Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara contoh yang terbaik ialah WeChat Pay[4] dan PayTM.[5])

Ada juga permainan video tertentu turut menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita dalam permainan tersebut.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Kod_QR http://www.denso-wave.com/qrcode/aboutqr-e.html http://www.denso-wave.com/qrcode/index-e.html http://thetalosprinciple.gamepedia.com/QR_Reader http://www.mobilemarketer.com/cms/news/software-te... http://gaming.stackexchange.com/questions/62587/is... http://vancouversun.com/news/staff-blogs/tescos-co... https://paytm.com https://pay.weixin.qq.com/index.php/public/wechatp... https://web.archive.org/web/20160603022242/http://... https://web.archive.org/web/20160603190211/http://...