A. Kohilan Pillay a/l G. Appu merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan AJK Pusat
Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Kini berusia 41, bekas pensyarah ekonomi sebuah kolej dari
Selangor.Dalam barisan
Kabinet Malaysia 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan kini sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri 1. Beliau merupakan seorang
Senator yang dilantik pada Januari 2008 dan disambung lagi dari 12 Februari 2011 - 11 Februari 2014
[1]Beliau sangat aktif di dalam politik sejak 16 tahun iaitu semenjak beliau tamat pengajian tinggi. Beliau memulakan karier politik beliau dengan menjadi ahli biasa Parti Gerakan dan selepas itu memegang jawatan Setiausaha Cawangan. Pada tahun 1995, permohonan beliau bagi membuka cawangan sendiri diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Parti. Beliau menjadi Pengerusi Cawangan
Batu Caves dan pada tahun 1998, beliau bertanding dan berjaya menjadi Pengerusi Bahagian
Gombak. Dibawah kepeimpinan beliau, Parti Gerakan Gombak berkembang dengan pesat dan sangat aktif di semua peringkat. Melihat keaktifan dan kepimpinan beliau oleh Parti Gerakan Pusat, beliau dilantik menjadi Ahli Majlis,
Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 1999. Pada waktu yang sama, beliau dipilih ke pelbagai jawatan di dalam parti, diantaranya, Ahli Jawatankuasa Pemuda Nasional, Speaker Pemuda Nasional, Naib Ketua Pemuda Nasional dan kini sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat. Sumbangan beliau ke parti selama ini diambilkira secara serius dan parti telah melantik beliau sebagai
Senator pada tahun 12 Februari 2008.