Koir_Kebangsaan_Malaysia
Koir_Kebangsaan_Malaysia

Koir_Kebangsaan_Malaysia

Koir Kebangsaan Malaysia merupakan koir bertaraf nasional. Ia telah ditubuhkan pada bulan Mei 1991 dan kini terletak di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA) dengan pentadbirannya diurus oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Pengurusan Koir Kebangsaan dilengkapi oleh seorang pengurus; Tunku Marina Tunku Dato' Zubir, jurulatih vokal; Syafinaz Selamat, konduktori; Amri Zane dan pemain piano; Fairuz Zamani.Koir Kebangsaan Malaysia kini mempunyai seramai 80 orang ahli yang terdiri daripada kanak-kanak berbakat berusia 7 tahun hingga ke ahli dewasa yang berusia 50 tahun. Latar belakang ahlinya adalah pelbagai, pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti, ahli-ahli persatuan bukan kerajaan serta golongan professional. Dalam kata lain, di luar pentas pementasan, ahli-ahli Koir Kebangsaan terdiri daripada pelbagai latar belakang yang disatukan melalui rasa cinta kepada muzik dan nyanyian berbentuk koir. Pecahan utama Koir Kebangsaan Malaysia adalah Koir Kebangsaan Malaysia (ahli berumur 17 tahun ke atas) dan Koir Remaja Kebangsaan (ahli berumur 6 hingga 16 tahun)Ahli-ahli Koir Kebangsaan Malaysia dipilih melalui sesi uji bakat, di mana asas dalam bidang muzik dan bakat dalam bidang seni suara menjadi keutamaan. Koir Kebangsaan Malaysia sering membuat persembahan di hadapan Pembesar-pembesar Negara khususnya sewaktu majlis-majlis sambutan Hari Kemerdekaan dan acara-acara rasmi peringkat kebangsaan yang lainnya. Koir Kebangsaan telah diberi penghormatan untuk membuat persembahan di majlis pembukaan Sukan Komanwel 1998 (SUKOM 98) pada 11 September 1998 bersama Dato' Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Roy dan Anuar Zain. Koir Kebangsaan turut menyanyikan lagu tema SUKOM yang bertajuk Bersatu Selamanya. Selain itu, Koir Kebangsaan juga pernah membuat persembahan di dalam dan luar negara.