Korea
Korea

Korea

Korea (조선, Chosŏn atau 한국, Han-guk) ialah sebuah kawasan geografi, dan tamadun yang terdapat di Semenanjung Korea di Asia Timur, bersempadan dengan China di barat laut, dengan Rusia di timur laut, dan dengan Jepun di sebelah tenggara di seberang Selat Korea. Korea merupakan salah sebuah tamadun yang tertua di dunia, dengan sejarah yang bermula sejak penubuhan Gojoseon pada 2333 SM, oleh Dangun Wanggeom. Pada 4 SM, Korea mula mengambil sistem tulisan Cina (dipanggil hanja dalam bahasa Korea), agama Buddha dan aspek-aspek budaya lain daripada China purba bagi memperkayakan budaya masyarakat Korea. Mereka kemudiannya mengeksport aspek budaya ini kepada Jepun, membantu negara itu untuk beralih ke sistem yang bertamadun.Setelah penyatuan Tiga Kerajaan Korea ke sebuah Kerajaan Bersatu Silla pada 676, Korea diperintah oleh sebuah kerajaan yang tunggal dan memelihara kebebasan politik dan budayanya sehingga pelanggaran Mongol pada kurun ke-13. Tamadun Korea berada di puncaknya pada kurun ke-15, semasa pemerintahan Raja Sejong Agung, di mana aksara Korea, (hangul), dicipta pada masanya.Di akhir era pemerintahan Dinasti Joseon, Korea mula mengasingkan diri dari negara-negara lain hingga ia mendapat nama gelaran "Kerajaan Pertapa". Pada akhir abad ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya. Pada 1910, Korea digabung dengan secara paksa oleh Jepun dan berada di bawah jajahan mereka hingga akhir Perang Dunia II.Pada 1945, tentera Soviet dan A.S. masing-masing mula menduduki kawasan utara dan selatan Korea. Kedua-dua musuh ketat Perang Dingin ini mula mendirikan sebuah pemerintahan yang berasingan menurut ideologi masing-masing. Perkara ini menyebabkan pembahagian Korea kepada dua; Korea Utara yang diperintah rejim komunis dan Korea Selatan, sebuah negara demokrasi yang kapitalis dan bebas.

Rujukan

WikiPedia: Korea http://www.britannica.com/eb/article-9050797?query... http://archives.cnn.com/2001/WORLD/asiapcf/east/03... http://joongangdaily.joins.com/200108/30/200108300... http://www.parksassociates.com/press/press_release... http://www.hawaii.edu/powerkills/SOD.CHAP3.HTM http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/... http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/... http://web.archive.org/web/19990117021607/http://l... http://www.pacificasiamuseum.org/calendar/kcostume... https://archive.is/20120710211436/lcweb2.loc.gov/f...