Trivia Kolej_56

Individu-individu tersohor tanah air juga turut diselitkan dalam cerita ini, apabila ada rakan sekelas mereka bernama Rohana Jalil, Musa Hitam. Sedangkan pada era ini nama-nama itu belum lagi dikenali ramai. Begitu juga babak bilamana Rosman dan rakan-rakannya bermain bolasepak menentang pasukan Rovers yang diwakili expatriat berkulit putih dan ada seorang pemain berkulit hitam ( Zainal Abidin Hassan ) yang digelar mereka sebagai budak negro ! di dunia nyata,Zainal hanya menyinar sebagai bintang bolasepak Malaysia di era 80an dan 90an.

Di penghujung cerita, bapa Rosli iaitu S. Shamsuddin yang juga bapa kandungnya di dunia sebenar memandu kereta usang dan Rosli mencadangkan bapanya membeli kereta baru. Bapanya membalas, jika dia sudah kaya kelak dia beli lah kereta Saga (Proton Saga). Latar belakang filem ini pada era 50an lebih tepat lagi tahun 1956 bilamana kereta Proton yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad hanya wujud pada 1983 iaitu 27 tahun selepas cerita ini !!!