Kolej_Matrikulasi_Perlis
Kolej_Matrikulasi_Perlis

Kolej_Matrikulasi_Perlis

Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) ialah Kolej Matrikulasi yang tertua di Malaysia.KMP mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis.[1] KMP siap dibina pada Mac 2000 dan telah beroperasi mulai 3 Julai 2000. KMP merupakan sebuah kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara. KMP juga menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains dan sastera ikhtisas di samping kursus-kursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang.