Sejarah Kolej_Universiti_Antarabangsa_INTI

Kolej Inti bermula pada tahun 1986 sebagai sebuah kolej swasta yang kecil di Bangunan Sim Lim, Brickfields, Kuala Lumpur. Pada permulaannya, Kolej Inti mendaftarkan 37 orang pelajar tetapi dalam tempoh 18 bulan, bilangan pelajarnya melebihi 400 orang. Bilangan pelajarnya semakin bertambah dan pada tahun 1989, Kolej Inti berpindah ke Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Dua tahun kemudian, dengan melebihi 900 orang pelajar penuh masa, Kolej Inti mengasaskan sebuah kampus tetap di Subang Jaya-Kolej INTI Subang Jaya (ICSJ). Pada tahun 1991 dan tahun 1996, Kolej Inti membuka dua buah kampus cawangan masing-masing di Kuching, Sarawak, dan Kota Kinabalu, Sabah.

Pada tahun 2004, Kolej Inti meneruskan perluasannya dengan tiga buah kampus bersekutu yang baru, iaitu Kolej Antarabangsa INTI Genting, Kolej Metropolitan, serta Kolej Seni & Seni Bentuk PJ.