Kolej_Universiti_Teknologi_Sarawak
Kolej_Universiti_Teknologi_Sarawak

Kolej_Universiti_Teknologi_Sarawak

Kolej Universiti Teknologi Sarawak atau disingkatkan sebagai UCTS (Bahasa Inggeris: University College of Techonolgy Sarawak) ialah sebuah kolej universiti yang terletak di negeri Sibu, Sarawak, Malaysia. Tempat ini ditubuhkan pada tahun 2013 dan majlis pelancaran telah dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Tempat ini juga ialah antara beberapa universiti di Malaysia yang mempunyai Taman Teknologi dan juga bertujuan untuk menjadi universiti pertama di Malaysia untuk mencapai Indeks Bangunan Hijau (GBI) "Indeks Platinum".UCTS mengadakan konvokesyen pertamanya pada 8 Oktober 2016 dan juga pengisytiharan Canselor UCTS yang pertama bersama T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, secara rasmi diisytiharkan sebagai Canselor Pertama UCTS. [1]