Pentadbiran Kolej_Yayasan_Melaka

Ketua Pegawai Eksekutif/Rektor


NamaMula berkhidmatTamat berkhidmat
Dr. Hamzaid bin Hj. YahyaMac 1997Mei 2006
Prof. Dr. Hajjah Ramlah binti AdamJun 200631 Mac 2009
Datuk Saroni Bin Judi1 April 2009sekarang


Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Peranan

  1. Menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pelajar
  2. Memastikan pembangunan dan sahsiah pelajar selaras dengan misi dan visi kolej.
  3. Menyediakan dan menjamin kebajikan pelajar dalam pelbagai aspek.
  4. Memantau, mengurus dan menjadi pemangkin kepada semua kegiatan pelajar.
  5. Membantu merancang kerjaya dan masa depan pelajar.

Perkhidmatan

  1. Penginapan
  2. Surat dan pos
  3. Kebajikan
  4. Kaunseling & rundingcara
  5. Pembangunan sahsiah
  6. Latihan & kursus

Kegiatan dan aktiviti

  1. Sukan
  2. Kebudayaan
  3. Kerohanian
  4. Kemasyarakatan
  5. Akademik
  6. Rakan Muda
  7. Kelab & persatuan

Perpustakaan

Perpustakaan Kolej Yayasan Melaka terletak di Aras bawah

Pusat Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum di setiap institusi pengajian tinggi amat ditekankan. Sejak akhir-akhir ini kebanyakan universiti menjadikan kokurikulum sebagai salah satu aspek pengiraan jam kredit dalam keperluan keseluruhan pembelajaran di universiti. Aktiviti kokurikulum menjadi penyumbang ke arah pembentukan sahsiah, kepimpinan, kreativiti dan sebagainya kepada pelajar. Mereka perlu diberi peluang untuk memilih kursus yang diminati agar matlamat kegiatan kokurikulum ini dapat dicapai. Memandangkan sebahagian besar daripada program di kolej merupakan program kerjasama dengan universiti-universiti tempatan, pihak kolej perlu mengikuti syarat dan keperluan akademik sebagaimana di IPTA.

Program Kokurikulum adalah kegiatan akademik dan diwajibkan kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej Yayasan Melaka berdasarkan kepada keperluan sekolah. Para pelajar dikehendaki lulus dalam kegiatan yang disertainya dan menyertai sepenuhnya aktiviti yang dijalankan sebagaimana keperluan kursus akademik yang lain sebelum pelajar layak menerima penganugerahan ijazah atau diploma.

Pusat Kokurikulum dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pengurusan kegiatan kokurikulum. Pemantauan yang sepenuhnya akan di buat oleh jabatan ini bagi memastikan bahawa perlaksanaan aktiviti adalah sejajar dengan keperluan sekolah/akademik masing-masing.

Antara Kokurikulum yang ditawarkan adalah:

  1. Kembara
  2. Pertahanan Awam
  3. Persatuan Bulan Sabit Merah
  4. Siswaniaga
  5. Silat Cekak
  6. Gamelan
  7. Kor Wira Siswa

Jabatan Kebudayaan & Kesenian