Sinopsis Komamura_Sajin

Babak Soul Society

Watak Komamura mula bercakap apabila dia mencadangkan untuk menentang penceroboh Soul Society, pembelot shinigami dari Bahagian ke-11 dan leftenannya dengan bantuan Tōsen Kaname. Mereka bergegas ke tapak hukuman pembunuhan bakal berlangsung untuk menyekat jalan Zaraki Kenpachi. Selepas Kenpachi menewaskan pembebasan tahap terakhir Tōsen, Kenpachi berkeputusan untuk menamatkan riwayat Tōsen. Komamura mencampakkan topeng keledarnya untuk menghentikan tindakan Kenpachi. Dia kemudiannya berlawan dengan Kenpachi dengan menggunakan tahap terakhirnya tetapi meninggalkan pertarungan tersebut apabila mengesan bahawa Jeneral Yamamoto sedang bertarung dengan seseorang.

Sementara Komamura berlawan demi Jeneral Yamamoto dan Gotei 13, Tōsen berjuang untuk keadilan yang dilambangkan oleh Gotei 13. Maka, apabila Tōsen mengambil keputusan untuk berpihak kepada Aizen Sōsuke, pengkhianat Soul Society, Komamura berasa terkilan dan berasa bahawa Tōsen telah kehilangan akhlaknya. Berang, dia cuba menyerang Aizen tetapi dikalahkan apabila Aizen menggunakan seni syaitan yang kuat. Komamura bertanya kepada Tōsen tentang keadilan yang diperjuangkan oleh mereka berdua apabila Aizen dan sekutunya diselamatkan oleh hollow. Tōsen menjawab bahawa dia masih berpegang teguh kepada keadilan. Dengan ini, Komamura berkeputusan untuk mencelikkan mata kawannya dengan tangan sendiri.