Komunikasi_bukan_lisan
Komunikasi_bukan_lisan

Komunikasi_bukan_lisan

Komunikasyen bukan lisan adalah proses komunikasyen melalui menghantar dan menerima maklumat tanpa perkataan (kebanyakannya menggunakan isyarat visual) antara manusia. Ia kadang-kadang tersilap dirujuk sebagai bahasa badan (kinesik), tetapi komunikasyen bukan lisan merangkumi banyak lagi bidang, seperti penggunaan suara (paralanguage), sentuh (haptik), jarak (proxemik), dan persekitaran fizikal / penampilan.[1] Biasanya terlepas pandang dalam komunikasi bukan lisan adalah proxemik, atau ruang tidak rasmi merangkumi di seluruh badan dan chronemik: penggunaan masa. Bukan sahaja hubungan mata, oculesik merangkumi tindakan melihat semasa bercakap dan mendengar, kekerapan pandangannya, corak penetapan, pengembangan anak mata, dan kadar kelipan. Subjek ini merangkumi pelbagai makna, menurut budaya dan tidak terhad kepada definisi ini secara khususnya. Malah pertuturan mengandungi unsur-unsur bukan lisan yang dikenali sebagai paralanguage, termasuk kualiti suara , kadar, tinggi-rendah, bilangan, dan gaya pertuturan, serta ciri-ciri prosodik seperti irama, intonasi, dan penekanan. Sama juga, teks bertulis mempunyai unsur-unsur bukan lisan seperti gaya tulisan tangan, susunan ruang kata-kata, atau susun atur fizikal halaman. Walau bagaimanapun, banyak kajian komunikasyen bukan lisan telah memberi tumpuan kepada interaksi antara individu,[2] di mana ia boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama: keadaan persekitaran sosial di mana komunikasi berlaku, ciri-ciri fizikal penyampai, dan tingkah laku penyampai semasa interaksi.Komunikasyen bukan lisan membabitkan proses pengekodan dan penyahkodan. Pengekodan adalah tindakan menjana maklumat seperti raut muka, gerak isyarat, dan postur. Penyahkodan adalah tafsiran maklumat daripada menerima sensasi dari pengalaman sebelumnya.[2]Hanya peratusan kecil otak memproses komunikasyen lisan. Sebagai bayi, komunikasi bukan lisan dipelajari dari komunikasi sosial-emosi, menjadikan wajah bukannya perkataan sebagai organ utama komunikasi. Ketika kanak-kanak menjadi semakin mahir bercakap, mereka mula melihat pada raut muka, nada suara, dan unsur-unsur bukan lisan lain yang lebih separa sedar. Budaya memainkan peranan yang penting dalam komunikasi bukan lisan, dan ia adalah salah satu aspek yang membantu untuk mempengaruhi bagaimana aktiviti pembelajaran diatur. Dalam banyak adat masyarakat Amerika, sebagai contoh, seringkali terdapat penekanan kepada komunikasi bukan lisan, yang bertindak sebagai satu cara bernilai bagaimana kanak-kanak belajar. Dalam pengertian ini, pembelajaran tidak bergantung kepada komunikasi lisan; sebaliknya, ia adalah komunikasi bukan lisan yang berfungsi sebagai satu cara utama bukan sahaja menganjurkan interaksi interpersonal, tetapi juga bagi menyampaikan nilai-nilai budaya, dan kanak-kanak belajar bagaimana untuk mengambil bahagian dalam sistem ini sejak usia muda.[3]

Rujukan

WikiPedia: Komunikasi_bukan_lisan http://brktrail.com/bodylanguage/ http://www.gcastrategies.com/booksandarticles/62/c... http://www.globepequot.com/knack_body_language-978... http://sites.google.com/site/nonverbalcommunicatio... http://www.pearsonhighered.com/educator/product/No... http://www.psychologytoday.com/blog/spycatcher http://www.waveland.com/Titles/Guerrero-et-al.htm http://www.linguaggiodelcorpo.it/biblio http://www.center-for-nonverbal-studies.org/ http://doi.org/10.1525%2Faeq.1994.25.2.05x0907w