Tatanama Konduktor_muzik

Konduktor muzik utama untuk sesebuah syarikat orkestra atau opera kadangkala dirujuk sebagai pengarah muzik atau ketua konduktor, atau dalam bahasa Jerman sebagai kapellmeister. Konduktor-konduktor untuk koir pula kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Konduktor-konduktor untuk pasukan ketenteraan atau lain-lain kebiasaannya digelar pemimpin pancaragam. Kebiasaannya, konduktor-konduktor yang berpengalaman digelar maestro yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pakar atau guru.