Kongres_FIFA

Kongres FIFA ialah badan perundangan tertinggi Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak. (French: Fédération Internationale de Football Association), biasanya dikenali dengan singkatan FIFA /ˈfiːfə/. FIFA ialah badan pentadbiran sukan antarabangsa untuk bola sepak, futsal dan bola sepak pantai.Kongress ini mungkin biasa atau luar biasa. Kongres biasa diadakan pada setiap tahun manakala kongres luar biasa diadakan pada bila-bila masa. Kongres luar biasa diadakan oleh Jawatankuasa Eksekutif FIFA dengan sokongan satu per lima daripada ahli-ahli FIFA. Setiap satu daripada 209 ahli FIFA mempunyai satu undian dalam kongres itu. Ahli-ahli FIFA boleh mencadangkan calon untuk jawatan presiden FIFA. Pilihan raya presiden FIFA berlaku di kongres itu pada tahun selepas Piala Dunia FIFA. [1]