Kongres_Vienna
Kongres_Vienna

Kongres_Vienna

Kongres Vienna merupakan persidangan antara duta-duta dari kuasa-kuasa utama di Eropah yang dipengerusikan oleh negarawan Austria, Klemens Wenzel von Metternich dan diadakan di Vienna, dari akhir September, 1814, hingga 9 Jun, 1815. Tujuannya adalah untuk membahagikan benua Eropah selepas kekalahan Napoleon I dari Perancis dalam Perang Napoleon pada musim bunga sebelumnya. Perbincangan ini bersambung walaupun bekas Maharaja Perancis, Napoleon I pulang daripada pembuangan negeri dan merampas semula kuasa di Perancis pada Mac 1815. Tindakan Terakhir Kongres (Final Act) telah ditandatangani sembilan hari sebelum kekalahan Napoleon yang terakhir dalam Pertempuran Waterloo pada 18 Jun, 1815. "Kongres Vienna" sebenarnya bukan merupakan persidangan yang benar, tetapi hanya sesi-sesi tidak formal antara kuasa-kuasa besar di Eropah tanpa wakil-wakil dari negeri-negeri kecil.