Ulasan Kongsi_(filem)

Lakonan

Kekuatan filem Kongsi ini bertunjangkan pelakon utamanya (Shaheizy Sam) yang berjaya melakukan tugas yang baik sebagai pembunuh upahan yang kelam-kabut[3]. Shaheizy Sam berjaya mewarnakan lakonannya dengan baik dan harus dipuji.[4] Keharmonian hidup di Malaysia turut dipaparkan, walaupun dari segi kehidupan kongsi gelap berjaya menarik perhatian penonton dan turut menyelitkan unsur-unsur nilai moral kepada mereka yang menonton.

Kutipan

Setelah dibuka di 87 pawagam di seluruh Malaysia,[1] filem Kongsi telah mencipta sejarah dengan berjaya mencapai kutipan RM 1.08 juta dalam masa satu hari.[5] Dalam seminggu pertama sahaja, filem ini berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta,[6] Setakat 15 Jun 2011, kira-kira sebulan selepas mula ditayangkan, filem Kongsi mengaut sebanyak RM 8.09 juta.[1]

Teknikal

Ulasan akhbar juga mendapati masalah teknikal yang dapat dikesan apabila ada beberapa syot yang kelihatan agak kabur hingga mencacatkan sedikit pemandangan filem ini. Hal ini turut diakui oleh pengarahnya, Farid Kamil, dan menyatakan ada beberapa babak yang disengajakan untuk syot tersebut. Apa-apa pun, rata-rata pengkritik filem memberi pujian kepada beliau atas usaha menghasilkan filem ini yang terbukti menyeronokan dan bakal menarik ramai peminat lebih-lebih lagi penggemar filem-filem aksi.[7]