Konsert Konsert_Gong_Impian_M._Nasir

Konsert Gong Impian M. Nasir diadakan pada 9 Oktober 1992 di Dewan Lee San Choon, Wisma MCA.[2][3] Persembahan beliau diiringi oleh seramai 13 pemuzik undangan.[1] Ia dimulakan dengan deklamasi sajak oleh Pyan Habib bertajuk "Songsang" karya Latiff Mohidin dan "Melayu vs Melayu" karya beliau sendiri sebaik sahaja gong dipalu sebagai pembuka tirai konsert.[1] Dalam persembahannya, M. Nasir menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya, Saudagar Mimpi yang dikeluarkan pada April 1992, beliau turut mempersembahkan lagu-lagu dari album S.O.L.O (1989) serta lagu-lagunya bersama Kembara.

Antara yang hadir menonton persembahan beliau ialah Ketua Setiausaha Negara ketika itu Ahmad Sarji Abdul Hamid, presiden PAPITA A. Rahman Hassan dan rakan-rakan penyanyi Ramli Sarip, Hattan, Sheila Majid dan Ramlah Ram.[1]