Konsonan_letusan

Konsonan letusan atau afrikat merupakan konsonan yang bermula seperti hentian (selalunya konsonan gusi, seperti [t] atau [d]), kemudian dilepaskan seperti konsonan geseran (seperti [s] atau [z]). Contoh-contoh konsonan letusan dalam bahasa Melayu ialah [t̠ʃ] (c dalam cacing) dan [d̠ʒ] (j dalam jaring).Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA), konsonan letusan selalunya dilambangkan oleh dua bunyi (hentian diikuti geseran) yang membentuknya (cth. [pf], [kx]). Bagaimanapun, ada baiknya menggunakan aksara tunggal untuk menekankan bahawa letusan berfungsi sebagai fonem tunggal. Oleh itu, pihak IPA mencadangkan kedua-dua unsur letusan dengan tanda ikatan (cth. [p͡f], [k͡x]).