Konteradmiral

Konteradmiral, singkatan KAdm atau KADM, adalah pangkat pegawai berbendera kedua terendah dalam Tentera Laut Jerman. Ia setaraf dengan Generalmajor dalam Heer dan Luftwaffe atau dengan Admiralstabsarzt dan Generalstabsarzt dalam Zentraler Sanitätsdienst der Bundeswehr.Di dalam Tentera Laut Jerman Konteradmiral setara dengan Laksamana Muda, iaitu pangkat dua bintang dengan kod NATO OF-7. Namun, didalam bekas angkatan laut yang bertutur bahasa Jerman Tentera Laut Imperial Jerman (Kaiserliche Marine), Nazi Kriegsmarine, Volksmarine Jerman Timur dan K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary, Konteradmiral merupakan pangkat pegawai OF-6 satu bintang.