Kontroversi_pembakaran_al-Quran_2010
Kontroversi_pembakaran_al-Quran_2010

Kontroversi_pembakaran_al-Quran_2010

Kontroversi pembakaran al-Quran 2010 dibangkitkan apabila pastor Terry Jones dari gereja Kristian kecil Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat, merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan Serangan 11 September, yang mana dia menggelarkannya Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa. Upacara kontroversi yang dirancang itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh para pemimpin, ahli politik serta pemimpin agama di seluruh dunia. Jones kemudiannya mengisytiharkan pembatalan upacara tersebut serta mengumumkan hasratnya untuk terbang ke New York untuk bertemu dengan imam Park51, Feisal Abdul Rauf.[1]Dia kemudian menyatakan bahawa upacara pembakaran tersebut digantung dan bukan dibatalkan.[2] Walau bagaimanapun, pada 11 September 2010, dia berkata "Kami sememangnya tidak akan membakar al-Quran... Bukan hari ini, dan tidak sekali kali."[3]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi_pembakaran_al-Quran_2010 http://bigpondnews.com/articles/World/2010/09/12/N... http://edition.cnn.com/2010/US/09/11/new.york.jone... http://edition.cnn.com/2010/US/09/11/new.york.jone... http://www.cnn.com/2010/US/09/08/florida.quran.rea... http://www.crunchgear.com/2010/09/09/rackspace-pul... http://www.foxnews.com/world/2010/08/27/internatio... http://www.gainesville.com/article/20090708/ARTICL... http://www.gainesville.com/article/20090826/ARTICL... http://www.gainesville.com/article/20100818/ARTICL... http://www.gainesville.com/article/20100901/ARTICL...