Kool_FM
Kool_FM

Kool_FM

Kool FM ialah stesen radio swasta berbahasa Melayu yang dimiliki dan dikendalikan oleh Copyright Laureate Sdn Bhd, anak syarikat milik Rangkaian Radio Media Prima, milik konglomerat media Malaysia Media Prima Berhad. Ia dilancarkan pada 1 Mac 2016 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2016 dan menyasarkan golongan pendengar Generasi X,[1] dengan lagu-lagu yang dimainkan dari tahun 80an dan 90an.[2] Stesen radio ini merupakan stesen radio keempat dibawah kelolaan Rangkaian Radio Media Prima selepas Fly FM, Hot FM dan One FM.[3]Pada 6 Januari 2020, Kool FM telah menukarkan format radio kepada radio perbincangan dan berita (tetapi bukan format radio berita sepenuhnya seperti Bernama Radio), dengan slogan terbaru Suara Semasa yang berfokuskan kepada perbincangan isu semasa, sosial dan komuniti serta rancangan berunsurkan infotainment tetapi mengekalkan memainkan muzik 80an hingga kini dan penyampainya.[4]

Berkaitan