Kor_Motor_Sosialis_Nasional
Kor_Motor_Sosialis_Nasional

Kor_Motor_Sosialis_Nasional

Kor Motor Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Nationalsozialistisches Kraftfahrkorps, NSKK)[1] ialah sebuah organisasi separa tentera Parti Nazi (NSDAP) yang wujud secara rasmi dari Mei 1931 sehingga 1945. Organisasi ini adalah pengganti kepada National Socialist Automobile Corps (NSAK) lama, yang wujud sejak April 1930.NSKK bertindak sebagai organisasi latihan, terutamanya mengajar anggota dari segi operasi dan penyelenggaraan motosikal dan kereta yang berprestasi tinggi. NSKK telah terus digunakan untuk mengangkut pegawai/anggota NSDAP dan SA. NSKK juga bertindak sebagai kumpulan bantuan jalanraya pada pertengahan 1930an, setanding dengan American Automobile Association atau Automobile Association British pada zaman moden. Dengan meletusnya Perang Dunia II anggota-anggota NSKK telah berkhidmat didalam kor pengangkutan pelbagai cawangan tentera Jerman. Terdapat juga bahagian NSKK Perancis yang telah dibentuk selepas pendudukan Jerman keatas Perancis bermula pada tahun 1940. NSKK merupakan organisasi paling kecil Parti Nazi.