Korpus_opera

Di bawah adalah senarai untuk lebih daripada 1,650 karya opera yang digubah oleh lebih dari 450 penggubah-penggubah opera. Banyak dari opera-opera di bawah masih dipersembahkan sehingga ke hari ini,namun sesetengahnya sudah lama hilang dari pentas seni selama-lamanya kerana nota muzik yang sudah hilang atau rosak ditelan zaman. Senarai di bawah dibuat berdasarkan kepentingan sejarah opera di dalam pembentukan seni yang bermutu tinggi.Liputan opera yang tersenarai merangkumi seni yang luas dan menyeluruh, dari jenis muzik ringan (seperti opereta) dan juga jenis muzik yang lebih berat dan formal. Senarai ini merangkumi keseluruhan tempoh pembentukan sejarah opera dari kelahirannya dalam abad ke-16 hingga ke hari ini.Beribu-beribu opera telah ditulis dan dipersembahkan di sepanjang empat ratus tahun yang lalu di seluruh dunia terutamanya Eropah. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan pertama, senarai di bawah terdiri dari karya-karya terpilih untuk kerja-kerja yang amat dihargai dan bermutu tinggi.